Sunday, February 26, 2012

Kita telah diamanahkan untuk menjadi khalifah di bumi yang indah ini. Di negara ini kitalah yang paling rapat dengan sumber alam. Renunglah alam dan ambil iktibar darinya. Banyak pedoman, pengajaran dan Kiribati bole Chungking.Samba bertugas meredah hutan menyusur sungai.. renunglah aliran air sungai itu yang sentiasa mengalir ke depan tanpa mampu berpatah kembali. Demikianlah masa kita... yang sentiasa berlalu tanpa mampu kita tahan apatah lagi berpatah balik. Maka ambillah iktibar untuk tidak mensia-siakan masa yang ada kerana ianya takkan tunduk menunggu kita.Renungkanlah juga lebah-lebah yang hinggap di pepohonan... di bunga yang cantik, di pucuk yang segar, di putik yang ranum lalu menyebarkan debunga ke pepohonan lain sambil membawa madu pulang ke rumah. Ambillah iktibar untuk singgah di tempat yang baik-baik lalu menyebarkan semua kebaikan itu ke tempat lain pula dan hasil serta kemanisannya kita bawa pulang untuk keluarga kita.Renungkan juga beluncas yang menimbulkan geli pada sesetengah orang, sering ditindas dan lemah tapi akhirnya mampu berubah sepenuhnya jauh dari keadaan asal... menjadi rerama yang amat cantik dan mampu terbang ke sana sini. Ambillah iktibar bahawa hanya kita yang mampu merubah diri kita. Jangan terlalu lemah mengenang kekurangan diri sehingga menganggap mustahil untuk mencapai kejayaan hebat di luar Janeczka pemmican.Renungkan pula cicak yang merayap di dahan pokok. Menangkap dan makan serangga yang bantering sedangkan dia sendiri tidak mampu terbang, hanya mengharapkan kaki dan lidahnya saja. di sinilah kehebatannya sang cicak... tidak memperdulikan kekurangan diri tetapi menggunakan segala kelebihan yang ada dengan sebaiknya. Iktibarnya, berilah tumpuan pada kekuatan, kelebihan atau kemahiran yang kita miliki dan jangan jadikan kelemahan dan kekurangan kita sebagai penghalang mencapai sesuatu yang kita hajati.
SHAWAAN ........

No comments:

Post a Comment